Latest Entries »

Penyejuk Hati Ini…..

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..jika sedih kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..jika sakit kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH…
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu…atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohon ALLAH perbaiki diri kamu…dan BERUSAHA lah untuk muhasabah diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini…dan BERUSAHALAH memperbaiki diri…

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di ‘sana’ nanti..

SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kmu KEMBALI tenang HANYA jika BERSAMANYA…

JIka masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu…

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN dari ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?

InsyaALLAH,, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…

Amin Ya Rabbal Alamin..

Tulisan Seorang insan yang mendambakan syurga ( mudah – mudahan ia Mendapatkannya .amiiin )

Nasehat….

Maraji : http://www.iluvislam.com

Sedarlah sahabatku,
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.

Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.

Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.

Terimalah suratku ini sahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu…
Amin…

Ingatlah Kematian Duhai kawan….

Duhai Kawan yang ana sayang kerana Allah …

Jangan lah dikau kawan luput dari Maut …

sebab dia begitu dekat denganmu duhai kawan …

Duhai kawan …

Banyaklah menangisi kesalahanmu …

mudah – mudahan dengan banyak menangis engkau mendapatkan khusnul Khatimah …

Duhai Kawan Masa di dunia ni ..hanya sebentar aja …

Maka isilah dengan kebaikan – kebaikan sebab semua yang di kau lakukan di dunia ni ..

akan di kau pertanggung jawabkan di hadapan Allah Nantinya …

Duhai kawan Ingatlah kematian jang pernah luput darinya duhai kawan….

Sahabatmu yang senantiasa mengaharapkan kebaikan Buatmu..

Abu abdillah …

Umar Al Khattab Radiallahu Anhu berkata :

“Barangsiapa meninggalkan ucapan yang tidak perlu, maka dia akan diberi hikmah. Barangsiapa meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, maka dia akan diberi kekhusyu’kan dalam hati. Barangsiapa meninggalkan makan yang berlebihan, maka dia diberi kenikmatan beribadah Barangsiapa meninggalkan tertawa yang berlebihan, maka dia akan diberi kewibawaan. Barangsiapa meninggalkan cinta duniawi, maka dia akan diberi kecintaan kepada akhirat”

SURAT DARI IBU ….

Nasehat..

Maraji : http://www.iluvislam.com

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Ikuti

Kirimkan setiap pos baru ke Kotak Masuk Anda.